Sabtu, 10 Oktober 2009

Selangor ikut jejak Kelantan

Selangor ikut jejak Kelantan


PENYERANG Kedah, Azrul Ahmad (kanan) bersaing dengan pemain Kelantan, Rosairil Asrol pada aksi Piala Malaysia di Stadium Darul Aman semalam. Kedah menang 1-0.





SELEPAS Kelantan, kini giliran Selangor mengesahkan slot ke pusingan suku akhir kempen Piala Malaysia.

Selangor berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan pasukan terbaik itu selepas mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi Kumpulan D di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Rudie Ramli membuka tirai jaringan Selangor pada minit ke-11 sebelum Khairul Izuan Abdullah berjaya menyamakan kedudukan buat PDRM enam minit kemudian.

Selangor tersentap seketika apabila PDRM berjaya memperoleh gol kedua pada minit ke-38 menerusi jaringan Abdul Rayjal Jalil.

Bagaimanapun, hasrat PDRM untuk mengutip tiga mata penuh tidak kesampaian apabila kapten Selangor, Amri Yahyah menyamakan kedudukan pada minit ke-55.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan D, Sabah tewas 1-3 kepada Kuala Muda Naza di Stadium Tawau.

Perlawanan Kumpulan A menyaksikan Pahang seri 1-1 dengan Perlis di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala Melaka tewas 0-4 kepada KL Plus di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Dalam aksi Kumpulan B, Terengganu membenam Johor 4-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sementara Sarawak tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan di Stadium Sarawak.

Bagi persaingan Kumpulan C, UPB-MyTeam terus ditimpa malang apabila tewas 2-4 kepada Johor FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya manakala Kuala Lumpur seri 1-1 dengan Perak di Stadium KLFA, Cheras.

Saingan Kumpulan E menyaksikan Pulau Pinang menang 3-2 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Bandaraya sementara Kedah menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

sumber~kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan