Rabu, 7 Oktober 2009

pesta gol

Malam berpesta gol


PEMAIN Terengganu, Zairo Anuar (tengah) cuba dihalang dua pertahanan Sarawak pada saingan di Kuala Terengganu malam tadi. Terengganu
menang 7-0.





MALAM berpesta jaringan.
Itu yang berlaku pada saingan Piala Malaysia yang sudah memasuki perlawanan pusingan kedua peringkat kumpulan malam tadi.

Pastinya kehebatan Terengganu menjadi tumpuan apabila pasukan dari Pantai Timur itu membelasah Sarawak 7-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Kemenangan itu terus mengukuhkan kedudukan mereka untuk memburu tempat ke pusingan suku akhir meskipun menghuni tangga kedua Kumpulan B di belakang Negeri Sembilan.

Selepas aksi semalam, Terengganu kini mengumpul sembilan mata, sementara Negeri Sembilan sudah meraih 12 mata selepas kemenangan 1-0 ke atas Johor.

Turut menjadi tumpuan ialah kebangkitan Perlis yang membelasah Melaka 5-0.

Kemenangan bergaya skuad Singa Utara itu diperoleh menerusi ledakan Mohd. Nizaruddin Yusof pada minit ke-44 (penalti) dan 67, diikuti jaringan Azmizi Azmi (63), Mohd. Badrul Azam Zamri (88) dan Mohd. Firdaus Faudzi (90).

Begitupun, kemenangan itu masih mengekalkan kedudukan Perlis di tangga kedua Kumpulan A yang kini diterajui KL Plus.

Malam tadi, KL Plus menang 3-1 ke atas Pahang.

Turut mencipta kemenangan malam tadi ialah KM Naza yang menewaskan PDRM 3-0 menerusi jari- ngan Faderin Kadir (56 dan 68) serta Akmal Rizal Rakhli pada minit ke- 75.

Perlawanan lain Kumpulan D turut menyaksikan Selangor menang bergaya 4-1 ke atas Sabah untuk terus selesa memimpin kedudukan.

Saingan dalam Kumpulan C menyaksikan Johor FC menewaskan Kuala Lumpur 4-0, sementara Perak membelasah UPB-MyTeam 6-1.

Saingan dalam Kumpulan E sema- kin menarik dengan Kedah mempamerkan kebangkitan.

Skuad bimbingan Mohd. Azraai Khor Abdullah itu menang 3-0 ke atas ATM, sementara pendahulu kumpulan, Kelantan terus garang apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Pulau Pinang.

sumber~kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan