Jumaat, 9 Oktober 2009

Harimau Muda tumbang


Harimau Muda tumbang

SKUAD bola sepak bawah 20 tahun (B-20) negara, Harimau Muda tewas 1-3 kepada China B-21 dalam aksi sulung Kumpulan B saingan Kejohanan Jemputan B-21 Piala News- paper 2009 di Ho Chi Minh, Vietnam petang semalam.

Penyudah tumpul sekali lagi menjadi masalah skuad bimbingan Ong Kim Swee itu.

Pada separuh masa pertama, Harimau Muda memiliki beberapa peluang terbaik menerusi A. Thamil Arasu pada minit ke-18, D. Saarvindran (9) dan (30), Gary Steven Robat (31) dan K. Gurusamy (43), namun semuanya gagal menggegar jaring gol lawan.

Namun, China berjaya menjaringkan gol pertama mereka selepas bola yang dikeluarkan pemain pertahanan Harimau Muda tepat ke arah penyerang China yang merembat terus melepasi jangkauan Khairul Izzuwan Shaari.

Pada babak kedua, China menambah dua lagi gol sebelum Thamil Arasu menanduk masuk gol tunggal Harimau Muda pada minit ke-88.

Menurut Kim Swee, beliau terpaksa merehatkan ketua pasukan, Muslim Ahmad dan penyerang utama, Ahmad Shakir Md. Ali yang mengalami kecederaan.

"Saya tidak dapat turunkan dua pemain ini selain me- milih untuk merehatkan penjaga gol utama, Zamir Sela- mat. Saya beri peluang kepada beberapa pemain yang tidak beraksi di Laos seperti Muszaki Abu Bakar, Zulhariz Mo- hamad Nor dan Khairul Izzuwan.

"Diharapkan pemain-pemain kembali cergas semula untuk bertemu Vietnam B-19 pada Ahad ini (esok). Jika menang, kita masih berpeluang untuk ke separuh akhir. Memang pemain keletihan selepas mengharungi empat perlawanan dalam tempoh lapan hari," katanya ketika di- hubungi Kosmo! semalam.

Ditanya tentang pasukan China, Kim Swee berkata: "Mereka lebih baik dari segi taktikal dan fizikal. Ditambah pula dengan kematangan para pemainnya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan