Jumaat, 9 Oktober 2009

Johor FC hormat UPB-MyTeam

Johor FC hormat UPB-MyTeam


EDDY Helmi Abd. Manan (kanan) bakal mengetuai jentera serangan Johor FC malam ini.





JOHOR FC mahu membawa pulang tiga mata penuh pada aksi menentang UPB-MyTeam malam ini.

Meskipun pasukan lawan mereka itu kini menghuni tempat tercorot dalam Kumpulan C, anak- anak buah Ramlan Rashid tidak boleh leka atau memandang mudah kemampuan mereka.

Bukan sahaja beraksi di halaman sendiri memberi sedikit kelebihan kepada lawan, malah UPB-MyTeam pastinya turun tanpa sebarang tekanan setelah peluang untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini sudah tertutup.

Dengan baki dua perlawanan peringkat kumpulan, skuad Lebah amat memerlukan tiga mata penuh bagi mengukuhkan peluang mereka melangkah ke suku akhir.

"Pemain saya lebih tertekan berbanding lawan kerana kami memerlukan tiga mata penuh.

"Kami tidak mahu memandang rendah kemampuan pasu- kan lawan kerana mereka pasti- nya mahu memberikan aksi yang terbaik selepas gagal beraksi cemerlang sebelum ini.

"Jadi, perlawanan malam esok (hari ini) pasti sukar dan saya berharap pemain dapat beraksi dengan baik," katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam perlawanan berkenaan, Ramlan dijangka menurunkan barisan sama yang telah mencatat kemenangan 4-0 ke atas Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Menurut Ramlan lagi, beliau tidak risau bertandang di tempat lawan kerana musim ini skuadnya turut mempunyai rekod baik di gelanggang lawan.

Selain itu, pemain- pemain utamanya juga bebas daripada sebarang kecederaan.

Mengulas mengenai kebangkitan Perak, Ramlan berkata, pada mulanya, beliau menjangkakan saingan utama adalah daripada UPB-MyTeam.

Namun katanya, kemenangan Perak ke atas Johor FC minggu lalu merupakan titik kebangkitan pasukan tersebut.

"Jadi, kami perlu perbaiki kelemahan yang ada dengan hara- pan tindakan penyudah lebih mantap," katanya.

sumber~kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan